Thursday, May 28, 2009

Tahniah IPK9 Bloggers Network

'Bloggers' bersua di alam maya dan apabila sesekali dipertemukan secara fizikal maka kemesraan menjadi lebih akrab apatah lagi setelah bersama selama 2 tahun.

Hari ini sekalung tahniah diberikan kepada 'bloggers network' yang telah berjaya membawa pulang diploma dan sijil yang melayakkan untuk menulis, mencadang dan mengkritik hal-hal berkaitan dengan kepemimpinan. Mengapa tidak kita kembangkan idea kita disini bila saja kita terfikir kerana mungkin itulah idea yang akan melonjakkan kita ke arena kecemerlangan dalam karier.

Apabila kita datang buat pertama kali ke auditorium ini, kita adalah seperti rakan-rakan di luar tetapi saya percaya diploma dan sijil adalah bukti kemampuan kita untuk meningkat ke satu tahap yang lebih baik.

Ayuh para bloggers , jangan hentikannya. Teruslah menulis kerana walaupun berapa jauh kita tinggalkan kenangan bersama di IAB dan IPK, tetapi blog inilah kekuatan dan ukhwah kita.

Syabas buat myfamily, flower power, college cottage, nana tanjung, gerbang reformasi , waris-iskandar dan nazreens

Selamat Berjuang

5 comments:

ARIN said...

tahniah diucapkan kpd en ajehe & rakan2 seperjuangan yg tidak pernah jemu menerokai cabang2 ilmu bagi memantapkan institusi pendidikan di negara kita.

Pakwar said...

sedap juga bunyi komen blog reader di luar sana, tahniah juga untuk arin , selamat bercuti. apa plan ?

Jubah hitam said...

Nampaknya anda telah meminggirkan Mr Jubah Hitam, tidak memberi ucapan sekalung tahniah.

abgjan.com said...

Tahniah buat rakan bloggers. Teruskan perjuangan. Tulisan kalian sentiasa menjadi rujukan. Tapi Arin ni siapa.........? Nak berkenalan kalau sudi.

Vivian Woo said...

Kalau bukan usaha Pakwar, Flower Power berpendapat Blogger Network ini mungkin tak menjadi. Ini kerana Pakwar lah yang sentiasa mempunyai inisiatif untuk mencuba sesuatu yang baru, berkongsi ilmu...Terima kasih yang tidak terhingga Pakwar.