Bermula September 2004
Di Akma Automobile Kota Bharu
Sebuah Honda Accord mendapat tempat
Aku menjadi pemilik yang baru
Gagah berlari di jeraya (bahasa melayu Sarawak)
Saban tahun mendapat surat pak sedara (saman had laju)
Hatiku sungguh berasa bangga
Honda menjadi idaman semua
PCV 673 seindah rupanya
Nama yang gah diserata
Terlalu banyak memberikan jasa
Buat kami dan juga keluarga
Bukannya aku tidak tega
dan bukan pula aku tak cinta
Jodoh kita tidak kekal lama
Kini kita tidak lagi bersama
Selamat berkhidmat untuk PCV
Dari kami suami isteri
Jasamu tidak terperi
Demi saudara ku lepaskan kau pergi
Jika ada pengganti nanti
Accord baru yang kami hajati
Namun wangnya terlalu tinggi
Biarlah hanya disimpan di hati
Teruskan khidmat dengan cemerlang
Jangan merajuk terlalu panjang
Jasamu akan tetap dikenang
Kau cemerlang, gemilang, terbilang
3 comments:
Hamba cadangkan demo pekena Mercedes yang wangnya lebih kurang 30,000 ke atas, mungkin lebih gah dan ekslusif daripada Accord. Hamba pun berminat juga tapi tunggu dapat naik PK1 dulu
ambo turut merasa kehilangan di atas "pemergian" PCV kerana jasanya terlalu besar pada ambo,dan ambo adalah org yg turut sama berada di AKMA Automibile, khidmat terakhir PCV pada hamba ialah apabila turun ke selatan tanah air utk urusan kargo.Semoga legasi PCV diteruskan lg oleh DAA**** Tahniah PCV.
macam sedih je kisah keta pcv ni...:p
Post a Comment