Thursday, January 15, 2009

Rasuah atau Kempen ?

Sukar untuk kita mentafsirkan maksud rasuah dalam pilihanraya. Apabila berkempen maka rasuah selalu dikaitkan apatah lagi melibatkan pemberian wang, barang atau janji yang boleh menyebabkan seseorang calon mendapat sokongan daripada pengundi.

Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan kaedah terbaik untuk menentukan kepimpinan negara kerana ibarat sekumpulan mat rempit yang tidak akan mengundi seorang anggota polis untuk menjadi pemimpin mereka.

Apa ciri-ciri seorang pemimpin yang patut dipilih dan adakah kita bertanggung jawab dengan apa yang dipilih perlu dikaji dan dibentangkan supaya garis panduan dapat diambil dan dijadikan panduan dalam memilih pemimpin.

2 comments:

Jubah hitam said...

Sila rujuk tips memilih kepemimpinan dalam soupekor yang lalu

ARIN said...

kepada semua pengundi;ingatlah akan anugerah Allah sepasang tangan yg bakal digunakan utk mengundi,semoga jadilah tangan yg diredhai Allah dan selamat mengundi.