Sekiranya anda berada disekitar KL, jangan lupa untuk meluangkan masa ke stadium Putra Bukit Jalil kerana di sini berlangsungnya kejohanan badminton yang disertai oleh beberapa orang pemain terkemuka termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Kuncoro, Peter Gade dan beberapa pemain yang pastinya memeriahkan acara sukan di negara kita.
Peluang yang ada tidak dipersiakan dan selamat maju jaya kepada semua pemain badminton di mana sahaja anda berada, ingat jangan bermain badminton untuk menjadi cergas tetapi biar anda cergas dahulu untuk bermain badminton.
Kelibat Rashid Sidek yang menggantikan Misbun sebagai jurulatih kepada Datuk LCW yang telah mengalahkan pemain dari Vietnam dgn straight set. Tahniah! Semoga berjaya menjadi juara dan jaguh kampung.
2 comments:
pesanan ambo kepada sume pemain badminton,pastikan anda membuat ECG test@stress-test dgn mana2 kardiologi terlebih dulu bg memastikan jantung anda telah bersedia utk bekerja keras semasa permainan berlangsung..hargai lah nikmat tuhan iaitu sihat sebelum sakit.
"Pesane demo tu tok berapo keno". Sepatutnya kita menggunakan permainan badminton sebagai suatu alat untuk mencergaskan diri kita. Kalau nak tunggu badan cergas dulu baru nak bermain tak taulah bila boleh bermain sebab tuntutan sekarang - seharian berada dalam aircond dan tido lewat malam yang boleh merosakkan kesihatan jadi bilanya badan mahu cergas?
Post a Comment