Sejak berdekad menjadi pengguna di Hentian Putra tanpa sebarang pembaharuan dari segi fizikal menggambarkan kepada kita 2 perkara iaitu samada pengguna Malaysia adalah begitu bertanggungjawab menjaga kawasan awam ataupun tidak ada pihak yang mahu berfikir tentangnya kerana mungkin tidak memberi erti untuk kepentingan ekonomi. Jika dilihat kepada kepadatan pengguna maka boleh dikatakan kemudahan yang ada pada hari ini termasuklah jumlah kerusi adalah kurang mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jumlah bas yang masuk.
Begitulah kurangnya perhatian terhadap kemudahan awam untuk rakyat bawahan. Cuba pula kita lihat KLIA yang begitu mesra pengguna dengan kemudahan tandas yang lengkap dan banyak maka kita dapat merasakan bahawa resam dunia ini adalah untuk orang kaya sehinggakan IJN pun hendak diswastakan.
Ini berlaku di mana sahaja di negara kita ini. Parti politik yang bertanding untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat harus memikirkan apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang juga mempunyai perut untuk rasa memulas dan ada kemaluan untuk dibuang airnya. Jangan anggap buangan orang kaya mempunyai emas kerana mereka juga makan nasi sama seperti rakyat marhain. Yang membezakan adalah pilihan beras semata-mata
2 comments:
sama2 kita tunggu p/raya kecil kawasan Hentian Putra,nescaya bantuan dan projek menaik taraf kemudahan awam akan berbondong2 sampai termasuk lah kemudahan air picit di tandas2.
Sebabnya disitu bukannya kawasan hitam pembangkang ataupun 50-50 maka tidaklah perlu diberi perhatian sangat. Sememangnya dah menjangkakan kawasan itu mesti menang maka tak perlulah pembangunan sangat
Post a Comment