Wednesday, April 30, 2008

Selamat Berjuang

Selamat berjuang kepada semua ahli parlimen yang bermula hari ini selepas mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Dengan keseimbangan yang agak setara maka diharapkan ia akan menjadi medan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat malaysia untuk mula mendapat kebajikan yang sewajarnya daripada pemerintah baik di peringkat pusat ataupun negeri.
Di sini saya cuba membayangkan di mana dalam perbahasan itu berlaku satu situasi yang menunjukkan semua pihak cuba menyatakan hak ataupun keinginan masing2 untuk membantu rakyat di bawah jagaan masing2 tanpa ada rasa pihak tertentu akan hanya memikirkan keuntungan kawan2 masing 2 tetapi ternyata semua pihak akan memoohon agar rakyat dibela tanpa mengira parti dan bangsa kerana tuhan telah menjadikan kita berbagai bangsa adalah untuk kenal mengenal antara satu sama lain.
Saya pernah ditanya oleh seorang wanita tentang siapa yang patut mereka undi dalam pru12 , dan inilah jawapan saya, sekiranya ditakdirkan ada kesimbangan dalam parlimen maka semua pihak terpaksa berhati hati dalam mencadang dan melaksanakan apa sahaja perkara kerana mereka tahu rakyat sedang menilai mereka, ini bukan bermakna kerajaan adalah lemah tetapi semua pihak akan begitu teliti dalam membuat perkiraan kerana satu kesilapan langkah akan menjatuhkan sebuah kerajaan.
Saya juga memberitahu bahawa Quran dan Hadis mesti menjadi sumber rujukan kita kerana jika tidak kita akan tersasar dan sesat yang merugikan kita di dunia dan akhirat. Saya tidak tahu siapa yang dipilihnya dalam pru tersebut tetapi yang saya boleh buktikan adalah keseimbangan telah berlaku dalam dewan rakyat hari ini dan tentunya semua rakyat berdoa agar kebajikan mereka akan dijaga oleh mana mana kerajaan samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Kerajaan Pusat mesti bertindak dengan adil kerana semua khazanah yang ada pada mereka adalah hak milik rakyat dan mesti dijaga dan diagihkan sebetulnya supaya hisab ke atas pemimpin pada hari akhirat nanti adalah mudah dan diredhai oleh Allah SWT.
Akhirnya, Jangan mengelakkan diri dari berada dalam jamaah kerana itulah sebaik baiknya.
wassalam

No comments: