Friday, August 26, 2022

Ombak Laut

Air tenang di pelabuhan
Riak wajah gembira tak terkata
Tersenyum melakar kenangan bersama

Semakin jauh daratan 
Semakin biru kehijauan alam
Terbentang luas samudera raya
Terapung kini bak kolek tua

Kanan dan kiri membelah lautan
Ombak menidurkan anak yang lesu
Orang tua meminta bantu
Nasi ku telan ingin keluar

Doa dipanjat kepada Sang Pencipta
Agar pantas membawa pergi
Deruan ini biar seketika 
Moga dapat tersenyum kembali

Kelibat nelayan terserempak juga
Mencari rezeki untuk famili
Tabahlah wahai anak dunia
Semua ini ketentuan Ilahi

Semakin dekat mata memandang
Kepulauan Mahsuri mendekati
Anak kecil mula berlari
Sedang ibu masih bermimpi

Deruan enjin semakin sebati
Berlagu dalam mimpi diri
Nikmat apa lagi ingin dimungkiri

Pulau Langkawi sudah didekati
Tunaikan lah hajat di hati
Syukurilah keindahan ini
Bumi bertuah ini jangan dicemari


Friday, August 19, 2022

Sepetang di Arab Kitchen

Petang ini kami bersama-sama ke Arab Kitchen untuk meraikan anakanda yang baru mendapat keputusan STPM. Alhamdulillah dan terpancar kepuasan diri setelah berusaha dalam tempoh yang panjang di KISAS. 

Kami doakan agar Amni akan terus cemerlang serta diberkati dalam hidup. 

Thursday, August 4, 2022

Chipping@IABCU

Mengambil kesempatan hari ini sebagai Hari Kecergasan. Keluarkan S-wedge dan 2 bola golf. Mari kita cuba 

The pull day

Lat pulldown bersama T30 Disember meneroka hari 2 sesi transformasi diri. Masing2 dengan sasaran yang perlu dicapai.