Saturday, January 29, 2022

Lagu Rasmi Jabatan Penjara Malaysia

Kami menyahut seruan Negara
Berkhidmat di Jabatan Penjara
Sanggup bertugas pada setiap masa
Tidak kira di mana jua
Kami bertugas dengan setia
Mendukung amanat Negara
Memberi latihan pada semua bangsa
Untuk hidup berjasa
Bertugas kami siang dan malam
Membina insan yang cemerlang
Membentuk sahsiah dan keinsafan
Supaya berguna masa depan
Perkhidmatan korektif amalan kami
Begitulah kami berbakti
Bertugas memegang amanah Negara
Dengan taat setia

#tembok 
#tembokberduri
#penjaramalaysia
#miniposter

Friday, January 28, 2022

Bacaan ringan

“Saya simpan duit selama sebulan untuk beli sehelai jeans. Saya pakai dan berdiri depan cermin. Saya pusing kanan, saya pusing kiri, rupanya saya masih orang yang sama.” - Jon Jandai

Jon Jandai, seorang lelaki miskin berasal dari pedalaman Thailand.

Hidup zaman kanak-kanak dia penuh ceria. Celik mata bangun berseronok. Hari hujan, berlari berguling atas lopak air. Pukul 5 kawan-kawan datang ajak bermain. Malam-malam mengaji dan belajar kedian tidur. Simple, langsung takde masalah. 

Sehinggalah satu hari, bila Jon dah meningkat remaja. Kawan dia bagitahu Jon,

“Jon, kau ni miskin kau tahu? Pi lah cari kerja dekat Bangkok. Baru lah boleh berjaya.”

Jadi, Jon dengar kata kawan dia tadi. Pindahlah Jon ke Bangkok, satu bandar asing buat budak desa sepertinya. 

Sampai di Bangkok, Jon dapati semua orang suruh dia belajar rajin-rajin, kerja sungguh-sungguh, barulah dia boleh berjaya.

Jadi Jon cuba serius belajar. Jon kerja sangat rajin. Paling kurang 8 jam sehari Jon membanting tulang. 

TAPI, akhirnya bila Jon lapar, Jon cuma mampu order 1 mangkuk mee sahaja.”

Jadi, Jon terfikir, “Bila aku kerja kuat kenapa hidup aku jadi sangat susah? Bukan ke bila aku kerja kuat, hidup aku akan jadi lebih senang?”

Jon rasa something wrong. Bila dia di Bangkok, hidup dia sangat susah. Sangat complicated.

Saban hari Jon kerja, makan dan tidur. Rutin ni diulang selama 7 tahun. Sehinggalah satu hari Jon sedar, 

“Ah ini takleh jadi. Ini bukan untuk aku.”

Jon Jandai balik kampung. Dia hidup semula seperti zaman kanak-kanak dulu. 

Jon mula bercucuk tanam, usahakan apa yang ada di kampungnya. Hasilnya lebih dari cukup untuk beri Jon sekeluarga kenyang. Mereka hidup seadanya, tidak kaya dan tidak fakir.

Jon enjoy dan gembira. Dia juga belajar bina rumah menggunakan tanah liat. Dari satu rumah kepada satu rumah yang lain. Akhirnya, teknik binaan Jon diiktiraf ramai.

“Saya ingat, orang yang bodoh macam saya tak layak untuk ada rumah. Sekarang, saya tak ada banyak duit, tapi saya ada banyak rumah."

"Cuma saya ada satu masalah. Setiap malam saya tak tahu nak tidur rumah yang mana satu, haha." Ujar Jon lagi, berseloroh.

Kawan, hari ini Jon yang bodoh dulu sudah tua. Kini, masanya terisi dengan mengajar ribuan orang membina Earthen House. 

Jon yang sama juga dulu gagal di bandar. Kini terbang serata dunia memenuhi jemputan menjadi speaker. 

Berbalik kepada rakan Jon yang berjaya di bandar dulu, kini masih lagi bekerja demi melangsaikan hutang sebuah rumah. 

Kisah Jon ini banyak kita boleh ambil iktibar.

1- Tinggal di kampung tak semestinya gagal. Tinggal di bandar sudah pasti mencabar.

2-  Tak perlu ikut cara hidup orang lain. Biar mereka berkereta besar, asal kita tidur lena setiap hari.

3- Kita akan mudah berjaya bila buat sesuatu yang kita enjoy buat setiap hari.

4- Ingat, setiap orang punyai “bahagia” yang berbeza. Jangan pernah memaksa orang lain untuk ikut jalan kita.

5-Sukatan berjaya bukan hanya pada duit.

6- Tidak perlu buat, beli atau pakai apa-apa demi memenuhi standard masyarakat.

7- Pedulikan apa kata orang, asalkan kita dan keluarga bahagia.

8- Gunakan apa yang ada di depan mata semaksima mungkin.

9- Akuilah, yang kita semua telah lama buat rutin yang sama setiap hari.

10- Tak guna kita bekerja gila babi, tapi gagal temui bahagia sehingga tua.

.

Kredit MFH Bundle

Saturday, January 22, 2022

tulis ebook

Menghadiri program MSGA dalam penulisan ebook.

Boleh kot join nanti

Tuesday, January 4, 2022

Ketua Jabatan

Pengumuman melalui sesi tazkirah maka raamilah aku sebagai KJ. KJ bukan Menteri Kesihatan tetapi Ketua Jabatan Pembangunan Professionasime Berterusan. Nama dulu adalah Pembangunan Staf. Rindu pula kat Encik Zulkifli Muhammad bin Ismail, mantan KJ dulu. Terima kasih En Amir Shaukhi kerana banyak membantu di JPKP. 

Hari ini digabungkan trio baru dalam jabatan. Kak Nor dan Cham. Jom kita kerja dan gembira.

happy anniversary 🎉🎉🎉 di IABCU

Genap setahun di IABCU dengan perasaan bercampur baur antara kota yang ditinggalkan pada masa itu , begitu juga famili. Alhamdulillah cepat masa berlalu dengan bertambahnya ilmu yang ditinggalkan selama 5 tahun. Bertambah juga berat 5 kg yang sedang diawasi sepanjang Januari.