Sunday, December 12, 2021

Bunga matahari mekar

Kenangan di Bagan Datuk

Cuti hujung minggu ke Bagan Datuk

Nama yang sering dibaca ketika darjah Lima. Buku ilmu Alam tentang penanaman kelapa di Bagan Datok. Kali ini hujung minggu kami digunakan untuk mengenali Bagan Datuk. Rupanya ia jauh menyendiri di hujung Kuala. 

Ada keseronokan untuk datang ke sini, jeti yang meriah dan pusat tanaman bunga matahari cukup untuk percutian di hujung minggu. 

Sunday, December 5, 2021

Memori hari Sabtu

Hari Sabtu sesuai untuk lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan diri dan keluarga. 
Merancang aktiviti Sabtu kadang2 bukan sesuatu yang mudah. Akhirnya ada yang hanya duduk di rumah sambil menonton Netflix. Apabila kita telah bersedia untuk bergerak, tiba-tiba kita dapati tayar pancit. Perasan serba tak kena, menunggu untuk kedai tayar beroperasi dulu lah nampaknya. 



Setelah selesai dan berjaya mengurangkan simpanan maka barulah dapat keluar untuk aktiviti lain. 

Kali ini, memilih dan mencari Mee udang yang sesuai. Dalam jarak dan masa kurang 30 minit kami berjaya mencapai hasrat. Sebuah perkampungan nelayan yang boleh dinikmati. 

Wednesday, December 1, 2021

Booster Pfizer

Ibarat mengayuh perahu ke hulu menjadi trend penerima booster. Penuh berbelah bagi akan pelbagai pernyataaan oleh pelbagai pihak. 

Ku gagah kan juga diri untuk mengambil booster di HSB.

Wednesday, August 4, 2021

Kemerdekaan 4

Sungguh luar biasa 
Tinta kata anak merdeka
Membawa hajat yang membara
Gelora jiwa yang rakus

Bak pahlawan menghunus pedang
Tajam pandangan mata hati mu
Menerpa tanpa hitungan detik
Ayuh bangkit kita anak merdeka

Nah ! Ini senjata mu
Kuatkan jari jemari 
Kau tidak suka... Luahkannya
Kau benci..  hukum lah tanpa bicara

Hey! Aku anak merdeka
Perjuangan ini berlainan medannya
Semangat masih sama


Ku jejak setiap masa
Tak usah lah kau menyelinap 

Tuesday, August 3, 2021

Kemerdekaan 3

Mala segar di udara
Kala purnama mengambang penuh
Pak Tua tersandar di jemuran
Menggulung ketagihan tembakau jawa

' Aku dah lewat usia'
Matahari dah hampir tenggelam
Pasang surut hidup ini
Sedang berpusing kenangan di langit malam

Menginjak usia yang beransur-ansur pergi
Alam dunia makin sayup
Kalbu ku ini belum terisi
Maksud kemerdekaan

Di mana nilai kemerdekaan ini
Di rumah kah
Di Kota kah
Aku tidak keliru

Nasihat ku pada mu anak 
Telusurilah nilai kemerdekaan
Ia tidak nampak di pandangan nyata
Hanya batin mu sahaja yang tahu

Monday, August 2, 2021

Kemerdekaan 2

Detik 31 Ogos 1957
aku belum bersifat maujud
Tidak ku tahu akan laungan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tanah berbatu bertukar kerikil
Berturap gelap beribu batu 
Itulah nikmat detik kemerdekaan
Berkibar jalur gemilang negara

Atap rumbia tinggal hiasan
Kepuk padi hanya kenangan
Tinggallah wahai zaman kegelapan
Kami menuju nikmat kebebasan

Ku pejam mata hati ini
Tersergam indah mewarnai pandangan
Jangan hilang lah jati diri
Demi mencapai keredhaan Ilahi

Sunday, August 1, 2021

Kemerdekaan 1


Anak bangsaku
Luaskan pandangan mata mu
Bukalah pendengaran mu
Laungan keramat tujuh bergema
Bersama air mata kemenangan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Anak bangsaku
Kau belum ada ketika datuk nenek mu
saudara mara mu
melihat turunnya kain putih union jack
tanda kebebasan sudah milik kita

Anak bangsaku
Kau mungkin tidak mengetahui
sejarah perjuangan itu telah lama
Pemimpin silih berganti meneraju
Akhirnya kemerdekaan menjadi nyata

Anak bangsaku
Engkau anak merdeka
Isilah kemerdekaan ini
Mulakan lah dengan nama Tuhan mu
Bacalah

Anak bangsaku
Kemerdekaan ini untuk mu
Julanglah dengan rasa hormat
Anak merdeka anak negara
Ayuh lah

Monday, July 12, 2021

IKHLAS KAH CINTA KU

 Cinta 

Gambaran hati merah membara

Terpanah jiwa membawa leka 

Indahnya dunia uda dan dara

ceritera dunia itulah segalanya


Cinta

Ibarat sinaran mentari yang menyuluh 

Menyuburkan akar dan benih kehidupan

Tumbuh kembang menceria suasana

Terbina keturunan menjadi cahaya mata


Cinta

Mampu membolak balik seakan-akan  iman

Dari mata turun ke hati kedua insan

Kadang tersilang terkunci mati

Hancur luluh di bawa mati


Cinta ku pada mu...sayang

Bagai semut merayap-rayap

Di kala malam yang gelap gelita

Hanya ditemani suara sang cengkerik

Batu hitam membisu seribu bahasa


Namun

Itulah cinta ku yang tiada tertera

Hanya Dia yang Maha Mengetahui

Ikhlas itu tiada siapa yang tahu

Itulah aku 


Tuesday, January 5, 2021

Terima kasih Jabatan Penjara Malaysia

31/12/2020

Hari terakhir sebagai Pegawai Kader KPM di Jabatan Penjara Malaysia.

5 tahun bersama sudah tentu meninggalkan kenangan yang banyak. 

2015 - selama 3 bulan membuat analisis persekitaran dan merancang pelan strategik pendidikan yang memang tamat pada 2016.

2016- mula membina kolaborasi sebanyak mungkin dengan konsep jaringan dan jalinan. 

2017- menggunakan kolaborasi yang ada dan mula mencipta inovasi kerana pendidikan di penjara perlukan kelainan.

2018- Meningkatkan prestasi pendidikan dengan lebih berfokus kepada kuantiti dan kualiti mengikut acuan.

2019- Prestasi sedia ada ditambah baik dengan mencipta pelbagai aliran sesuai dengan situasi dan peranan pendidikan

2020 - Reformasi
Pendidikan Korektif dijadikan produk baru .