Thursday, December 19, 2019

SEBIRU KASIHMU



Ku cari dikau di langit biru
Duhai sang camar
Untuk kau pinjamkan dia
Sepasang sayap

Dia berada jauh dari mata ku
dan kerinduan
Tak mampu  menjengok ku
setiap waktu
Chorus
Ke bendang dia ingin terbang
Ke gunung dia ingin hinggap
Demi sayangnya pada ku
Ku rela mencari mu duhai sang camar

Laut yang tenang dan  membiru
Kuutuskan suara hati ku
Agar dikau segera menyapa
Duhai sang camar yang nan putih bersih

Kini kau berada dipangkuan
Di bawah langit
Ku pulangkan semula sayap mu
Bersama  mimpi

Ku terlihat post seorang rakan guru besar yang menukilkan serangkap kata... kusambung dan pintalkannya menjadi lirik
akan ku dendang agar menjadi lagu
nanti boleh dia nyanyikan kepada mereka


Saturday, December 14, 2019

Terengganu detik permulaan

Sementara menanti surat lantikan posting pertama , hampir setiap sekolah yang ku nampak terasa menggamit. Kemana lah aku akan ditempatkan agaknya? 
Akhirnya dalam bulan disember itu, aku mendapat surat penempatan  ke sebuah negeri jiran iaitu Terengganu.

Berada sejauh 17km dari pekan kecil, aku mengajar di sebuah sekolah di Felda. Rayuan tidak diterima maka dengan sebuah motorsikal 135cc ,aku bergelar seorang guru.

Sekolah di Felda yang besar dengan kemudahan yang baik kerana ada stesen minyak, Pejabat Pos maka boleh dikatakan bukanlah tempat yang jauh seperti rakan2 yang lain.

Di situ ,aku mengajar sesi petang dan tinggal di rumah staf Felda dengan rakan polis bantuan.

Waktu malam, kami bermain badminton, petangnya melibas bola takraw. Semua dibuat kerana usia masih muda. 
Kadang2 kami keluar ke pasar malam di bandar. 

Aku belajar berniaga di situ, bawa kain batik pasang. Laku juga kain broket ada line sampai RM 320 harganya. 

Bila singgah di Terengganu, kenangan posting itu kekal dalam ingatan.
Sekarang ada draw bridge di Terengganu, mercu tanda baru untuk pengunjung. 

Kalau tuang ke pata timur
Kena pulok musing tengkujuh
Hujang turun Tak bereti radu
Ikang tak dok di pasar payang
Oooooo teganu kite

Thursday, December 12, 2019

Rompin Beach Resort

Kami ke sini sekitar 2012 dan keindahan panorama sentiasa menjadi kenangan.
Kali ini, kembali menjejak kaki ke Rompin Beach Resort. Suasana masih seperti 7 tahun lepas dengan penambahbaikan di kawasan sekitar pantai.
Kini, anak anak tidak lagi mengejar kolam renang seperti dulu. 
Masa beredar mendewaskan mereka namun bibit kasih antara famili hendaklah sentiasa berkembang tumbuh.
#ilovethemall