Saturday, September 29, 2018

Irama dan pemulihan

Jika sakit maka rawatlah. Bagaimana caranya terpulanglah kepada kita.  Jika memilih  untuk mendapat cara yang moden,  tentunya kita akan ke hospital.  Kalau tidak yakin, boleh juga mendapat rawatan homeopathy.

Itu secara fizikal iaitu dengan mengambil ubat.

Kalau muzik itu memulihkan, bagaimana ia di gunakan.  Ramai juga pemuzik yang kecundang.

Banyak lagi nampaknya ruang untuk kita berkarya untuk pemulihan insan yang tersasar

Bagaimana yang sakit itu adalah jiwa? Sebagai contoh,  ada sesuatu di dalam yang sakit. Mungkin tiada ubat di  farmasi kerana cara rawatan juga berbeza.

Bila kita lakukan kesalahan maka ia bermakna kita sedang sakit. Apakah ubatnya untuk sakit begini?

Kita sakit iman,  iman kita sedang diuji. Bila ia sakit,  perawatnya bukan sebarang orang.  Kaedah juga bukan banyak.

Thursday, September 27, 2018

Khabar dari Ulu Choh

Senang atau susah adalah milik individu. Ada yang rasa senang apabila melihat abjad. Ada yang merasakan seolah olah gunung akan menimpa mereka jika dapat menyebut huruf A. 
3 hari berkampung di Ulu Choh menemukan satu dapatan yang baik sebagai sampel kehidupan.
10 % belum menguasai asas membaca,  menulis dan mengira. 
Sampel mudah tetapi amat beerti. Ia berlaku di sebuah bandaraya bukannya jauh di kawasan pergunungan.  Kalau ada pun namanya forest city. 

Cabaran ini perlu dihadapi oleh kita semua kerana masih tinggi kadar iliterasi dalam kalangan remaja

Tuesday, September 11, 2018

Akrab

Mencapai tahap akrab bukan senang dan memerlukan pengorbanan. Teman yang akrab sentiasa kenang mengenang antara satu sama lain.  Bila bertemu,  mereka suka flash back berbanding looking forward kerana semua itu menambahkan lagi keakraban.
Keakraban digambarkan dengan berapa banyak aktiviti dicipta bersama dan kekal dalam ingatan.
Terima kasih sahabat yang akrab.

Sunday, September 9, 2018

Sirih naik junjung

Peluang di depan mata
Luas bak lautan terdampar
Mempersilakan setiap diri
Yang berkeinginan tinggi

Tidak kira di mana jua
Setiap insan tanpa curiga
Mencari jalan untuk dipuja
Kerana indahnya menjadi raja

Aku sirih yang dijunjung
Bukan kaduk seperti katamu
Aku ada harga sendiri
Kau silakan mencari diri

Friday, September 7, 2018

Antara 2 batang pen

Nukilan hari ini kecil tetapi besar.  Kecil kerana hanya tentang pen yang kadang2 akan hilang sebelum kehabisan dakwat. 
Ia juga besar kerana ia boleh mematikan peluang orang lain jika ditulis atau ditandatangani.

Kali ini,  dua pen ini berbeza kerana salah satunya adalah milik rakyat dan yang sebatang lagi adalah milik peribadi.

Jika pemimpin dahulu bertukar lilin kerana ingin mengasingkan kerja milik Kerajaan dan peribadi, adakah mereka terlalu alim atau kita ini terlalu jahil dan berdosa kerana menggunakan milik awam untuk kepentingan peribadi.

Monday, September 3, 2018

Set penguji segak

Bertempat di SMK Bandar Baharu Sg Long,  kami berbincang tentang menjalankan ujian kecergasan is it up standard kecergasan fizikal Kebangsaan kepada pelajar Sekolah Satelit.

Sunday, September 2, 2018

mikasa touch

First time I played volleyball as I remembered was in Terengganu.  At that time,  my cousin Din was teaching in SMT. He stayed in an apartment with friends. In the house,  there were a few volleyballs at a corner of the house.  We were happily playing the balls not aware that we were at the top floor,  suddenly the neighbor who lived at the bottom floor came and told that we were disturbing them and it was at night.
Later,  when I represented the state in badminton in 1982, we played volleyball as part of the training.  I felt that I had the talent to play volleyball and it was easy for me to learn how to dig the ball and set the ball. A few of the badminton players were also volleyball players for the school. 

That time,  pupils in primary school didn't have volleyball as part of the sports played in school.

During secondary school,  SMACH was my first experience to play volleyball for the school.  When we were in lower secondary,  we won the district volleyball tournament and played for Machang. In form 4, I was no longer a volleyball player. I chose to play hockey,  sepak takraw and left tennis and volleyball to better players although both sports were my games at SMACH since form 1. I also didn't join badminton although I was an ex state player. 

After that,  after leaving school,  I played volleyball  for my class and also for my college in UPM. When teaching in Belaga,  I played volleyball too with the Belaga team in PSKPP. 

When I came back to Kelantan in 2002, I started to train my students in Gaal and I once,  chosen to be a coach for Kelantan MSSM U18 which been played in Kuching.  I also played volleyball for the district team  a few times and I started to play as a setter.  I didn't have enough height to spike the ball. 
After  7 years,  today I played again for inter alumni tournament.

Volleyball is another game for me to remember as one of the games that I like most. 

Bangi golf resort

Ajakan boss sukar ditolak. " Cikgu,  esok nak gi mana? " Dia bertanya. Aku memang tidak kemana.  Maka,  jadilah kami berempat tee off di BGR.  Bayaran RM 105 dengan Bauer makan. Green kurang Cantik tetapi sukar untuk dapatkan 1 putt.