Friday, August 31, 2018

Salam kemerdekaan 61

In sha Allah 61 ceria

61 kg target
61 push up a day

Wednesday, August 29, 2018

A cup of coffee

I read a quote. It written like this.

If someone stands behind you, protect
If someone stands beside you, respect
If someone stands against you, defeat

Tuesday, August 28, 2018

PRIDE Vs MOBDK

Hari Ahad,  26 Ogos telah tercatat satu permulaan kepada hubungan antara 2 pihak melalui aktiviti riadah menembak dan golf .
Sebagai SU,  kerja yang besar adalah menyusun team kerja kerana kebetulan minggu ini adalah minggu cuti.  Banyak pengorbanan yang perlu dihargai.
Pihak MOBDK adalah Datoship Kelantan yang diketuai oleh Dato SUK.
Banyak yang dipelajari dari program ini.  Biarlah jadi Panduan kepada ku.

Sunday, August 19, 2018

Ryder Cup

Berlangsung di Padang Golf UPM,  pertemuan antara 2 buggy iaitu Asmadi n Azhan Vs Jimmy n Fauzi.

Keputusan :

2A menang dengan 2 up.

Untuk individu:

Asmadi - 97
Azhan - 98
Jimmy - 108
Fauzi - 110

Kekuatan ku
1. Iron 5 yang sangat bagus,  jarak 170 m ke atas
2. Short game - sangat baik
3. Course management baik
4. Main tenang
5. Putt yang sederhana tetapi hampir baik

Tugas dan Fungsi

Bila lihat Hirarki di bawah,  apa yang terlintas di fikiran saya ialah siapa atau organisasi mana yang boleh gunakan dalam tugas seharian.

Kita bukan sembarangan jadikan ia sebagai panduan kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak adil.

Tugas adalah jawatan yang kita sandang. Sebagai contoh. Seorang guru adalah dikira tugas.

Fungsi pula penelitian kepada tugas Itu tadi.  Untuk memastikan semua tugas berjalan dengan cemerlang,  fungsi kita hendaklah lancar dan sesuai.

Hirarki  begini memang membezakan manusia secara kasta. Orang bawahan kerja hampir mati,  tetapi orang di atas lena diulit Intan. 

Memanglah kerja guna otak nampak bergaya berbanding kerja guna tenaga.

Bagi saya hanya tuan syarikat sendiri sahaja yang boleh guna Hirarki ini.  Yang lain,  tolong hormat orang yang kita panggil  orang bawahan.

Saturday, August 18, 2018

Orang Besar

Banyak pertemuan dengan orang besar kerana jawatan atau pangkat.  Kali ini,  bertemu dengan orang yang memang dipanggil orang besar.  Siapa mereka?  Mereka adalah dari Majlis Orang Orang Besar DiRaja Kelantan.

Ini barulah betul orang besar.

Cari lah kekuatan anak anda

Ada juga penulisan ringkas yang menyokong apa yang aku fikirkan

Thursday, August 16, 2018

Sampaikan walau sebaris ayat

Selalu kita dengar tentang Hadis sampaikan walau sebaris ayat. 
Bila ada peluang,  jika ada ruang untuk berkata maka beritahulah dunia,  anak2 muda kita ada di dalam.  Mereka perlu perhatian guru. 
Jauh di sudut hati,  saya menyesal dengan perbuatan saya tetapi apakan daya kerana sudah berada di dalam.
Datanglah ke sini,  bawa berita gembira tentang hari esok saya.
Usah bercakap tentang GPS sahaja,  bincangkan juga cara tangani kami yang storm n stress ini.  Bila kami sudah di dalam,  kami tanggung derita yang sangat sakit.  Rindu yang keterlaluan,  saat yang terlalu lambat dan jiwa yang kusut.

Saya telah sampaikan kepada anda semua.  Terpulanglah....

Wednesday, August 15, 2018

F. I. K. I. R.

Fikiran
Ini
Kurniaan
Ilahi
Rabbul Jalil

Apa fikirku 12

Permata adalah tetap permata..

Dalam kehidupan ini,  kita tidak perlu sentiasa menunjukkan kehebatan dengan menonjolkan diri sendiri.  Biar orang di sekeliling yang mengangkat darjat kita sesuai dengan ilmu yang ada pada diri mereka.

Jika kita cuba untuk lakukan sesuatu kerana untuk nampak hebat maka kita tidak akan berjaya.

Orang yang hebat ditentukan oleh mereka yang berurusan dengan kita

Oleh Itu,  kekalkan gaya anda dan biar mereka tentukan nilai anda

Monday, August 13, 2018

Sahabat sekampung

Dua tetamu yang datang ke bilik operasi Sektor Pendidikan adalah dari bandar kelahiran ku.  Kedua duanya anak jati Pasir Puteh atas sebab dibesarkan di situ.

Ku nukilkan sebuah lirik lagu untuk bandar kelahiran ku

Pasir yang putih di pantai yang indah
Daun nyior melambai memanggil pulang
Sang nelayan yang jauh dari kuala
Dek rindu yang tidak terkira

Sejarah yang lalu kekal dikenang
Bekalan segar sarat muatan
Rezeki yang datang penuh keberkatan
Hanya syukur pada Tuhan tanda orang beriman

Ulama silam gagah perkasa
Membela bangsa dan agama
Ancaman melanda gegak gempita
Ku rela berkorban jiwa dan raga

Di tanah putih ini tidak pernah sepi
Warisan kepahlawanan tetap terpelihara
Selagi ombak membelah pantai
Semangat Tok Janggut kebanggaan ibu pertiwi

Tanah ini akan jadi saksi
Tidak sekali kami akan lari
Tiang agama sentiasa berdiri
Demi untuk syurga menanti

Mesyuarat Muzikal Muhibbah

Diminta hadir ke MMM di Bilik Mesyuarat 1 IPPM.

Sebelum ke mesyuarat,  saya pasangkan dan dengar beberapa lagu supaya idea dapat hadir bersama.

Konsep psikodrama yang bertemakan kasih sayang,  penderitaan atau apa saja yang sesuai.

Jalan cerita perlu kemas agar matlamat dapat dicapai.

Mana tau,  suatu masa akan tercipta satu drama yang boleh dikembangkan.

Sunday, August 12, 2018

Kuala Pangsun

Hujung minggu digunakan sebaik mungkin.  Hari Sabtu menyertai kejohanan Golf BUCC Merdeka Raya dan Hari Ahad bersama famili ke Kuala Pangsun Bt 18 Hulu Langat. 

Alhamdulillah,  syukur dengan nikmatnya

Saturday, August 11, 2018

91

First time I played golf in BUCC with a score of 91. I got a birdie and 4 pars. 

I should have won a prize but 2 triple bogeys spoiled my game. Any way,  I learnt something today. Play to your own game. Keep playing on the fair way although the distance is slower compared to you friends.

Wednesday, August 8, 2018

Renew

Setiap hari,  setiap minggu,  setiap bulan, setiap tahun,  tentu ada yang perlu di renew. 

Solat fardhu,  solat Jumaat, wudhu,  lesen dan sebagainya perlu diperbaharui.

Kita biasa nya akan semakin lemah berkadar langsung dengan masa.  Sukar untuk mempertahankannya.  Apabila telah lama,  kita akan bersama bosan tidak kira apa pun yang kita lakukan.

Seperti juga kawasan kerja yang lama mungkin mendorong kita untuk mencari yang baru.  Apabila disediakan tempat baru,  semangat kerja akan datang kembali.

Fail yang lama dan tidak perlu lagi,  kita perlu hapuskan supaya semua tersusun tapi.

Kita boleh bina perkara baru seperti sudut kesejahteraan hidup supaya ada manfaat kepada bilik kita yang agak Luas.

Pendek kata,  we are the architect of our own destiny

Saturday, August 4, 2018

Kotak kehidupan

Bila memakai baju kotak tiba tiba datang satu idea penulisan. Kehidupan kita adakah seperti kotak?  Ada sisi yang menjaga agar tidak keluar dari landasan yang disediakan.  Ada penutup untuk menandakan tamatnya kehidupan. Walau kemana kita bergerak,  kita tahu bahawa ia akan terhenti di satu titik yang jelas.  Jika kita naik ke atas,  kita masih perlu alat untuk bergantung.
Tiada istilah bebas di dalam kotak,  yang ada hanyalah ruang.

Oleh Itu,  gunakan setiap ruang yang ada selagi kita belum sampai ke mana mana dinding.