When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Friday, April 27, 2018
Sunday, April 1, 2018
Apa Fikir Ku 8
Bila menulis kita berfikir, bila berfikir kita gerakkan sel otak, bila sel otak bekerja maka kita bersyukur dengan nikmat Nya
Semangat Hari Penjara 228- Satu Kupasan Peribadi
Tanggal 31 Mac 2018 saya mendengar ucapan YB TPM dalam upacara perasmian. Bercakap tentang penjara sebagai tempat pemulihan bukan semata mata dirotan dan dihukum.
Orang ramai ada yang kurang faham tentang bagaimana ukuran kepada program pemulihan yang dijalankan. Ucapan TPM menyatakan ia diukur berdasarkak kadar residivis yang bermaksud ulangan kesalahan dan kembali ke penjara.
Pegawai yang bertugas di penjara kena faham tugas dan peranan masing masing bagi memastikan kejayaan ini. Berapakah banduan yang ada sekarang sedang menjalani hukuman kali kedua atau lebih. Kadarnya di negara ini sangat kecil peratusnya.
Kita perlu mengorak langkah yang lebih proaktif dalam hal menobatkan jabatan penjara. Program pemulihan telah berjaya adalah benar atau sebaliknya. Satu data siapa residivis dan berapa tempoh hukuman sebelumnya serta kategori kesalahan dapat memberikan data yang mudah untuk diambil tindakan bagi menjamin zero residivis.
Adakah hukuman singkat menyebabkan mereka datang lagi ke penjara atau kategori jenayah mereka yang sukar untuk dihentikan menyebabkan mereka datang bertamu. Mereka selalu menyanyikan lagu rindu bertandang lagi .
Mereka sebenarnya berada di penjara luar dan dalam. Berada di luar pun mereka rasa terkurung dek stigma dan kewangan serta masalah iman. Tiada kebebasan di luar beerti sama saja berada dibalik empat penjuru bisu.
Program pemulihan adalah memerlukan pemikiran ke arah 3 perkara ini.
Pertamanya, stigma masyarakat yang perlu ditangani segera. Berapa ramai daripada kita tahu yang Allah menerima taubat hambanya selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Iklan kepenjaraan yang biasa kita lihat di kaca television adalah hukuman penjara atas pelbagai kesalahan. Banduan adalah sebahagian daripada masyarakat. Siren daripada motorsikal jabatan mengiringi banduan reman ke mahkamah menunjukkan bahawa setiap aktiviti penjara adalah turut menjadi milik masyarakat.
Iklan kepenjaraan dalam konteks pemulihan perlu sekerap mungkin supaya masyarakat sentiasa memberikan perhatian kepada isu pemulihan untuk banduan. Pegawai penjara bergraduat dalam bidang yang pelbagai tetapi dipaksa berfikir untuk memulihkan banduan. Tidak ada salahnya ilmu yang dipelajari tetapi ada anggota masyarakat yang perlu libatkan diri dalam perkara ini.
Perkara kedua ialah kewangan. Mereka yang dipenjara kewangan akan melakukan apa sahaja untuk bebas. Bebas mungkin sekadar dapat menjamah nasi 3 kali sehari. Bukan semua orang akan dapat bekerja dan bukan semua orang dapat berniaga tetapi setiap orang perlu memenuhi keperluan fisiologi.
Apa erti berada di luar tembok jika masalah kewangan tidak selesai. Jika masih tergolong dalam kategori fakir dan miskin maka mereka memerlukan bantuan. Pemulihan adalah pemuliham tetapi sesuap nasi perlu gerenti. Mana orang kampung , mana warga daerah , mana PBT dan mana kerajaan negeri. Ini ada anak mukim yang akan bebas, jangan caci mereka dan cela mereka. Elok bagi makan dengan kutipan jumaat supaya dia akan beramal dengan amalan ahli syurga.
Yang ketiga, pemulihan keimanan. Seorang tidak mencuri jika mereka beriman sebagaimana sabda Rasul. Kenapa peratus orang islam tinggi? Kita telah lupakan 1 & ingat 1. Kita ingat ajak orang buat perkara makruf tetapi lupa untuk ajak orang elak munkar.
Senario ini semakin menjadi di luar tembok. Media sosial sangat luas pengaruhnya. Keimanan akan terhakis sedikit demi sedikit. Akhirnya manusia mudah terjebak dengan perkara sia sia yang boleh menyebabkan mereka dipenjarakan.
Apa peranan pegawai di penjara ialah kembalikan kekuatan iman mereka. Tidak merompak orang yang ketika itu mempunyai iman di hati.
Pengajaran di tempat orang bukan muslim lebih baik kerana barang tertinggal tidak dicuri. Bukan kita salahkan agama tetapi mungkin keperluan asas untuk hidup mereka telah dipenuhi.
Pemulihan untuk kurangkan residivis akan tercapai dengan tansformasi yang dilaksanakan bersama tetapi ucapan TPM adalah melampaui residivis.
Ia ibarat rumah yang usang dicuci.dan dicat serta dimasukkan perabot untuk dijadikan homestay.
Banduan hukuman singkat perlu ada jaminan kelangsungan hidup daripada ahli masyarakat, jaminan kelangsungan mengatasi kefakiran dan jaminan amalan ahli syurga.
Banduan hukuman lama perlu ada peluang berbakti kepada masyarakat dalam konteks lebih luas seperti pekerjaan berkemahiran, perlu ada bekalan kewangan yang mencukupi hasil apa yang dikerjakan di dalam penjara dan telah sedia beramal sebagai.amalan ahli syurga di hari pembebasan.
"penulisan ini adalah pandangan penulis semata mata dan tanpa ada niat yang boleh menjejaskan imej jabatan."