Selepas solat subuh di exit tapah, perjalanan melalui PLUS high way diteruskan. Dalam fikiran , kat mana hendak breakfast ni? Exit seterusnya ialah Slim River. Kereta yang dipandu terus belok ke kiri dan keluar melalui tol slim river.
Sambil mengintai kedai makan aku terpandang papan tanda kampung balun. Aku pernah baca blog aku anak balun. Kebetulan ada sebuah kedai makan di tepi jalan yang dibuka. Kami singgah dan menikmati sarapan.
Selepas itu, aku minta isteriku memandu kerana rasa keletihan dan tidak cukup tidur. Baru 15 minit perjalanan tiba tiba perut ku kembung dan penuh angin sehingga menekan dada. Nasib baik ada losyen panas halia yang dibawa dari kampung. Ku sapu di perut ku dan minta isteriku berhentikan kereta di hentian rehat tanjung malim. Ubat ku sapu dan diurut perut ke bawah. Alhamdulillah sakit beransur pulih dan berasa lega.
Demi untuk mengesahkan masalah tadi adalah angin, aku minta isteriku memandu ke klinik kesihatan tg malim. Sebaik sampai di kecemasan , sakit dada menyerang lagi dan kali ini lebih teruk. Aku minta doktor buatkan sesuatu kerana tidak tahan lagi menahan rasa sakit.
Suntikan morfin diberikan untuk melegakan kesakitan dan dua kali aku disuntik. Doktor memaklumkan bahawa aku telah terkena serangan jantung.