Wednesday, January 21, 2015

Doakan kesihatan Tuan Guru

Kali pertama mengenali beliau secara lebih dekat ketika beliau menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990. Selepas itu aku mula mendengar kuliah beliau melalui kaset yang dibeli ketika mula mengajar pada tahun 1992.
Banyak perubahan yang beliau lakukan ketika meneraju negeri serambi mekah yang menjadi titik tolak kepada perbankan islam di negara ini. Begitu juga dengan hari sabtu sebagai hari keluarga 
Hari ini beliau bertarung di hospital selepas hampir sepanjang usia melakukan kerja dakwah yang sukar tanpa istiqamah.

Ya Allah berikan kami pemimpin yang dapat membawa kami ke jalan Mu.

Sunday, January 11, 2015

Penubuhan Kelab Golf

Hari sabtu 10/1 di Likas Driving Range telah mengumpulkan 4 orang rakan rakan sepejabat untuk pertama kali memulakan aktiviti kelab secara rasminya. Semoga bermanfaat.

Sunday, January 4, 2015

Kayuhan airport

Pagi minggu mengayuh basikal adalah sesuatu yang memberikan kelainan apatah lagi ditempat yang baharu. Berpeluang mengenali jalan jalan kampung adalah satu pengalaman.

Saturday, January 3, 2015

Kayuhan putatan

Pagi yang segar di area putatan sangat mengujakan untuk penggatih. Cuma diselang seli dengan laluan di kawasan anjing berkumpul agak merencatkan suasana.

Friday, January 2, 2015

Pendaftaran tahun 2

Tahun ini Aina Sufia dah menjejak kaki ke tahun 2. Alhamdulillah tidak terasa bayaran sekolah kerana sekolah hanya meminta bayarn asas sahaja untuk memulakan sesi. 

Thursday, January 1, 2015

2015

Selamat menyambut tahun baharu masihi yang bersamaan dengan 10 Rabiul Awal 1436 hijrah. Alhamdulillah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kerana masih diberikan kesihatan dan kenikmatan.
Banyak kejadian dan dugaan yang ditimpakan kepada kita untuk kita saling mengingati bahawa tiada kuasa yang lebih hebat dan kita hanyalah insan kerdil yang mengharapkan pertolongan Nya.
Semoga hari mendatang akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik dalam kita menguruskan persiapan di atas jambatan menuju kehidupan yang kekal abadi.