Saturday, December 20, 2014

Sekolah tanpa uniform

Pakaian sekolah anak anak dah mencecah ratusan ringgit. Semua kena uniform. Dari pagi sampai ke petang.
Pihak sekolah juga mengenakan pelbagai bayaran.

Mungkin memakai tshirt dan mencukupi untuk ke sekolah

Thursday, December 18, 2014

Dobi wash dry and go

Musim hujan menjadikan kedai dobi sebagai premis yang penting terutama bagi orang yang balik kampung. Tidak sempat untuk menjemur kerana hujan yang turun berterusan.

Adakah perniagaan wdng ini sesuatu yang menguntungkan?

Tuesday, December 16, 2014

Rumah ku

Selepas 12 tahun.

Sunday, December 14, 2014

Balik kampung

Now everyone can fly. ... airasia membawa kami pulang. Cuaca yang baik dan tidak berawan menyebabkan kami tiba lebih awal kota bharu.

Semua nampak seronok cuma kami terpaksa meninggalkan mami seketika di kk. Esok kami berkumpul semula.

Saturday, December 13, 2014

Majlis Makan Malam Perkhidmatan Awam

Majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan SU Persekutuan sabah.

Friday, December 12, 2014

Nissan teana

Nissan Teana putih di waktu senja ketika hujan rintik begitu menyerlah sebagai sebuah sedan 2000 cc.
Speedometer sehingga 260 kmh amat sesuai untuk golongan menengah yang inginkan kemewahan dan kelancaran pemanduan.

Simpang Lido

Dari pagi sampai ke petang kerosakan traffic lights belum pulih menyebabkan kesesakan

Thursday, December 11, 2014

PJPK Tahun 2

Apa yang guru pj buat dengan tajuk ini. Adakah ada perancangan untuk membawa murid ke kolam renang? Apa salahnya membina hubungan luar dengan hotel berdekatan untuk menggunakan kemudahan kolam atau apakah ada cara lain untuk menikmati keseronokan belajar.

Wednesday, December 10, 2014

Bukit kokol

Mengambil kesempatan cuti rehat untuk meneruskan jelajah sabah. Daripada inanam kami mengambil jalan kokol poring untuk mendaki ke puncak. Apa yang hebat di sini ialah anda akan nampak gunung kinabalu dan lautan pada masa yang sama.

Tuesday, December 9, 2014

Imej Baharu

Kerja mengecat sedang berjalan lancar. Masjid yang asalnya berwarna pinang telah bertukar warna kepada putih dan sedikit warna emas pada kubahnya.

Monday, December 8, 2014

BRAIN RULES

Mengambil sedikit masa untuk memulakan projek baca, fikir  dan tulis. Hari ini saya membaca sebuah buku yang bertajuk 'Brain Rules' oleh John Medina. Terdapat 12 bab yang dibincangkan dalam buku ini tentang bagaimana otak berfungsi dan bagaimana kuasa otak boleh ditingkatkan.

Antara petikan menarik dalam pengenalan kepada buku ini ialah ' Jika kita ingin mencipta suasana pembelajaran yang secara langsung memberi kesan maksima kepada otak maka kita seharusnya mereka bentuk sesuatu yang seakan- akan bilik darjah. Jika kita ingin mencipta suasana perniagaan maka kita perlu membina ruang kerja dan jika kita ingin mengubah sesuatu perkara maka kita kena koyakkan kedua-duanya dan memulakan yang baharu.

Apakah yang dimasukkan dengan petikan penulis di atas tentang otak? Pandangan saya berdasarkan bacaan awal kepada pengenalan buku ini ialah sejak kecil kita mula membina otak anak- anak atau generasi dalam ruang lingkup yang sempit. Bermula dari dalam rumah kemudian di bawa ke sekolah mereka berada dalam sebuah kotak. Sedangkan otak dicipta untuk kita gunakan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Kita menyediakan mereka untuk maju dan berjaya diluar tapi kita bina keupayaan  mereka di dalam kotak.

Oleh yang demikian perumpaan ayam daging dan ayam kampung di bawa bersabung mungkin sesuai dengan kenyataan John Medina ini. Ayam kampung dagingnya lebih pejal dan otaknya lebih ligat untuk berfikir dalam meneruskan kehidupan.

Saya akan baca kisah seterusnya mengapa perlunya 12 bab yang dibincangkan untuk melihat kebenarannya.

Sunday, December 7, 2014

Hari Riadah

Sekali sekala satu famili aktif dilaksanakan dengan matlamat untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

Ke gymnasium rakyat di hari minggu dengan keluarga memberikan kekuatan kekeluargaan.

Gunakan masa dengan sebaik mungkin.

Saturday, December 6, 2014

Mengaji quran

Alhamdulillah. Dapat juga mencarikan guru al quran untuk anak-anak. Selain daripada belajar di sekolah mereka perlu berguru dengan guru yang lain. Kesian juga melihat rakan rakan sekerja yang merangkak untuk bacaan yasin. Tajwid dan mad yang tidak betul. Sediakan lah mereka dengan asas quran supaya ia memberi manfaat di kemudian hari.

Wednesday, December 3, 2014

Anak sedara yang dah besar

Hari berlalu pantas. Anak anak saudara yang sejak kecil menjadi pelatih ayah ngoh mereka telah menjadi remaja.

Baca fikir tulis

Bacalah apa yang kamu mahu. Fikirlah apa yang kamu baca dan tulislah apa yang kamu fikir selepas kamu baca.

Tuesday, December 2, 2014

Bangunan PAS Jalan Raja Laut

Semasa memiliki bangunan ini ekspektasi saya agak tinggi untuk melihat ia menjadi begitu penting dalam menyumbang kepada kekuatan parti. Ini kerana bangunan ini terletak ditengah tengah kesibukan kotaraya. Saya membayangkan ia akan sentiasa dipenuhi pelbagai lapisan rakyat. Begitu juga banner banner yang bersilih ganti diletakkan dengan tujuan untuk keterlihatan peranan PAS dalam negara ini.

Itulah harapan saya namun bangunan itu tidak lebih seperti bangunan lain yang tidak jelas hadirnya. Wallahuaklam.

Monday, December 1, 2014

Tetamu kami

Sahabat sejak 1980an dah berpisah pada 1987. Berjumpa semula 2014. Sama sama mengaji quran di Masjid Ibrahimi dan kemudian ke SMACH. Selepas SPM kami tidak  bertemu sehingga malam tadi. Halimi bin Abd Aziz.