Alhamdulillah! Sepatah kata hebat untuk menggambarkan perasaan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar (sekali lagi). Segala urusan pendaftaran berlaku begitu cepat kerana persiapan telah dibuat dengan sebaik mungkin sebelumnya. Itulah kehebatan 'well-prepared'. Semua dilakukan dengan cepat, tangkas dan sempurna. Apa yang masih kurang? Yang pertama apabila DR di UPSI mencatatkan obese di borang maklumat kesihatan. Ya Allah ! Sesuatu perlu dilakukan. Angka 31 pada BMI bukan sesuatu yang disenangi.
Langkah yang perlu diambil adalah kembali mengayuh mountain bike kat rumah. Bila nak mula? Juga menjadi persoalan........
Seramai 500 ++ pelajar pasca siswazah melaporkan diri dengan ura-ura penambahbaikan terhadap program sarjana dan doktor falsafah. Yang pertama ialah program kertas projek mod c akan digantikan dengan ujian komprehensif yang memerlukan kelulusan markah 65%. Yang kedua, program turn it on yang melibatkan peratus kesamaan ayat untuk mengelakkan plagiarisme.
Senarai pelajar untuk fakulti FSSK juga dipaparkan di depan dewan SITC. Semuanya hadir dan bermulalah segala cabaran dan peluang yang perlu dikenal pasti dan diambil tindakan. Semoga dipermudahkan semuanya.
Selepas rehat maka bermulalah sesi suai kenal fakulti. Satu-persatu rakan rakan memperkenalkan diri kepada para pensyarah UPSI. Antara yang ku kenali ialah Dr Nelfianty, Dr Jeffery dan 2 nama yang tidak kelihatan iaitu rakan sekelas PJ Optimis iaitu Dr Norshilawati dan Dr Lee Ai Choo.
Siapa menjadi penyelia dikatakan penting untuk menentukan lulus /gagal seseorang pelajar pasca siswazah. Tertera nama Prof Madya Dr Md Amin Md Taff sebagai penyelia. Terus kubelikan 2 buah buku pendidikan luar yang ditulis beliau untuk mengenali siapa beliau dan bidang yang diminatti. Alhamdulillah beliau juga telah ku add kan sebagai kawan muka buku. Begitu juga Dr Norkhalid ( Tahniah kerana baru dikurniakan PhD). Beliau akan menjadi penyelia pembantu.
Itulah sebahagian kisah ku di UPSI semalam.