Salam, malam terakhir di tahun 2011 dan menjelma pula tahun 2012 yang menjanjikan pelbagai rencam kehidupan buat insan yang masih terpilih menjadi khalifah di muka bumi ini. Banyak peristiwa berlaku di tahun ini yang kecil dan besar namun menjadi pengalaman hidup kepada setiap individu. Bermula dengan kehidupan diri, rumah tangga dan negara, itu semua menjadi asas kepada tindakan yang akan dilakukan sepanjang tahun 2012 nanti.
Apakah yang akan menggegar di tahun 2012 nanti? Jika melihat kepada senario politik maka 9 Januari menentukan nasib Anwar Ibrahim samada akan dipenjara sekali lagi atau akan terus dengan usaha ke Putrajaya. Adakah ini penting? Ya! kerana ia mencorak pentadbiran negara dan hala tuju negara kita. Kita sebagai rakyat yang inginkan kemajuan negara mengikut acuan penciptanya maka setiap yang dikatakan pemimpin harus kita ambil peduli bukan peduli apa. Jika mereka melakukan sesuatu yang melanggar AlQuran dan Hadis, maka ia wajib ditentang oleh setiap individu muslim.
Perkara kedua, tiada siapa yang ingin kehidupan mereka menjadi lebih mundur pada tahun 2012. Setiap orang mesti mengambil peluang samada pertama atau kedua atau ke berapa kerana usaha adalah tangga kejayaan. Setiap langkah disusun haruslah teratur dan bersifat elastik kerana lautan dalam sukar diduga ombaknya.
Ketiga, buatlah yang baik sepanjang masa tanpa memikirkan kebaikan yang akan kita perolehi daripada orang lain. Selamat Tahujn baru 2012.