Wednesday, May 18, 2011

Berita dari kantin

Saya menunggu hingga ke saat ini sebelum menulis mengenai pengumuman di hari guru 16 Mei 2011. Kenapa? Saya ingin mendengar apa yang akan diperkatakan oleh guru-guru. Tempat yang paling sesuai adalah di kantin.Tiada pentadbir yang duduk di meja. Suara kedengaran adalah mengenai guru pendeta dan guru wibawa. Memang sah mereka sedang mengelaurkan pandangan masing-masing. Ada yang mengaitkan pendeta dengan kisah dongeng india dan kaki bertapa. Apa maknanya? Guru yang banyak bertapa sahaja yang layak . Itu cuma gurauan. Guru wibawa .. masing-masing cuba untuk membuat satu kesimpulan... kemana guru akademik dg52 dan dg48.. memang sahlah mereka inilah guru pendeta dan wibawa.. kata salah seorang drp mereka. Ini semua untuk pentadbir. tiada bahagian untuk kita, kata yang lain pula.
Muncul seorang lagi ... mari pakai buku jingga pakatan rakyat.... seorang dapat rm500 sebulan. Setahun dah rm6000. Laki bini dapat 12000 , didarab lima tahun kalau PR kalah dalam PRU 14.. kita dah dapat 60 ribu.



Saturday, May 7, 2011

Guru di bulan Mei

Apa yang anda telah lakukan untuk profesion anda dalam suku pertama tahun 2011 ? Mari kita muhasabah diri kita semua para pendidik di negara ini. Januari adalah merupakan bulan untuk kita menentukan matlamat diri dalam organisasi. Ia bermula apabila kita menghadiri mesyuarat kali pertama di mana pada masa ini ramai yang menghitung rakan yang pergi atau masuk ke sekolah samada bertukar atau ditukarkan. Ini tidak salah! Kita sebenarnya melihat regu-regu yang baru untuk memulakan tugas ataupun menarik nafas lega kerana mereka telah tiada dalam organisasi kita. Ucapan pengetua pada hati itu adalah saat ditunggu oleh guru-guru. Lontaran idea yang dikumpul dalam masa 1 bulan ketika guru-guru sedang bercuti akan menentukan gerak kerja yang akan dilakukan nanti. Jika pengetua sebagai pemandu tidak mampu membawa satu cetusan dan percikan maka bahanapi yang terkumpul dalam diri guru tidak akan membakar dan menjejaskan prestasi diri dan juga organisasi yang dipikul bersama. Sekarang kita sudah berada di bulan Mei dan kita juga telah maklum bahawa kajian separuh tahun yang akan dijalankan nanti memerlukan kesedaran dalam diri samada kita telah berada di landasan yang betul.
Bagaimana menentukannya ? Lihat lah di mana kita bermula pada Januari lalu. Jika Head count memerlukan TOV (Take off value) maka setiap kerja kita juga ditentukan dengan TOV supaya hala tuju kita adalah jelas. Jika kita menjadi guru kelas, tentunya sasaran kutipan yuran sudah hampir 60% dan begitu juga dengan kehadiran mereka ke sekolah. Semua ini memerlukan satu inisiatif daripada setiap insan bergelar guru di sekolah.