When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Saturday, February 19, 2011
Friday, February 18, 2011
Wednesday, February 16, 2011
PERANCANGAN TAHUNAN KELAB WARGA SEKOLAH
PERANCANGAN KELAB WARGA SMK ***** **** 2011
BIL | AKTIVITI | TARIKH | TINDAKAN |
1 | JAMUAN SILATURAHIM KELAB KAKITANGAN SMK BUKIT JAWA SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN | 22 FEBRUARI 2011 | BIRO SOSIAL DENGAN KERJASAMA UNIT SUKAN |
2 | LAWATAN SOSIAL | 29 APR- 1 MEI 2011 (HARI BURUH) | BIRO LAWATAN |
3 | HARI KELUARGA KELAB WARGA SMK BUKIT JAWA | 17 MEI 2011 (HARI WESAK) | SEMUA BIRO |
4 | JAMUAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH | MEI 2011 | BIRO SOSIAL |
5 | SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI | 8 SEPTEMBER 2011 | BIRO SOSIAL |
6 | JAMUAN PERPISAHAN AKHIR TAHUN 2011 | 12 NOVEMBER 2011 | BIRO SOSIAL |
7 | PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN AGENSI LUAR | SEPANJANG TAHUN | BIRO SUKAN |
8 | DERMA DAN KEBAJIKAN | SEPANJANG TAHUN | BIRO KEBAJIKAN |
9 | KELAS ALQURAN | SETIAP MINGGU | BIRO KEROHANIAN |
10 | |||
11 | |||
12 | |||
13 |
Tuesday, February 15, 2011
Sunday, February 13, 2011
PRK Kerdau
Berita semalam ; ADUN Kerdau meninggal dunia. Ia membawa kepada satu lagi pilihanraya kecil dan kali ini di negeri Pahang. Kita juga menerima berita turunnya Hosni Mubarak yang dikatakan mempunyai harta 30 billion, wallahua'lam. Apa yang penting adalah setiap pemimpin mestilah ingat bahawa mereka berada di situ bersama amanah yang dipikul bukannya untuk memikul sebanyak harta yang mampu. Di sekolah, pengetua sebagai pemikul amanah utama haruslah sedar bahawa guru sekarang membawa watak yang berbeza. Mereka perlu diberikan perhatian yang lebih kerana tumpuan manusia sekarang adalah terlalu mencapah. Banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh guru hari ini. Tanpa fokus, guru akan gagal untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Pengetua harus mempunyai kayu ukur untuk melihat guru sentiasa bergerak sejajar dengan kehendak masyarakat dan negara.
Thursday, February 10, 2011
Latihan Tekanan
Latihan tekanan adalah salah satu aspek penting dalam penyediaan pasukan ataupun pemain. Ia dapat membantu pemain untuk merasai keadaan sebenar dalam perlawanan. Latihan tekanan yang diberikan kepada pelajar mestilah menghampiri situasi sebenar dalam pertandingan. Pemain akan melakukan kemahiran dalam keadaan sebenar berbanding latih tubi yang diberikan dalam keadaan biasa. Dari situ kita dapat melihat kelemahan setiap pemain untuk diperbaiki kelemahan mereka masing-masing
Wednesday, February 9, 2011
Lompat Kijang
Mengajar Pendidikan Jasmani bagi kelas yang paling corot di tingkatan 4 ? Mulanya agak sangsi untuk memulakan sesi namun sebagai guru , kita harus terima dengan positif. Aku telah lama tidak mengajar PJPK untuk beberapa tahun. Hari ini , kemahiran olahraga iaitu lompat kijang. Pelajar tidak pernah melompat dan tidak pernah diajar PJ mengikut yang sepatutnya ( asyik nak main bola ).
Rupanya jika kita ikhlas, niat kita sampai di hati mereka. Permulaan ala latihan bola sepak the red warriors ( mereka jadi teruja) menaikkan nafsu mereka untuk mengikuti kelas. Akhirnya ada seorang pelajar yang dapat melompat sejauh 9 meter pada kali pertama mereka melakukan aktiviti lompat kijang.
Rupanya jika kita ikhlas, niat kita sampai di hati mereka. Permulaan ala latihan bola sepak the red warriors ( mereka jadi teruja) menaikkan nafsu mereka untuk mengikuti kelas. Akhirnya ada seorang pelajar yang dapat melompat sejauh 9 meter pada kali pertama mereka melakukan aktiviti lompat kijang.
Tuesday, February 8, 2011
SUKAN TARA
Masihkah ingat lagi dengan sukan tara ? Biasa dijalankan sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan. Itupun di sekolah yang komited dengan perkembangan fizikal pelajar mereka. Menjalankan sukan tara juga memerlukan penglibatan yang menyeluruh daripada guru dan pelajar. Acara yang dijalankan adalah 100m, 400m, lompat jauh dan lontar peluru yang cukup untuk mengukur serta menilai keupayaan fizikal pelajar. Suatu ketika dulu, pelajar mesti menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) namun telah digantikan dengan SEGAK. Apa-apapun, setiap perkara yang hendak dijalankan secara mass perlu dipastikan kemampuan yang ada di sekolah.
Monday, February 7, 2011
Februari 2011
Kembali berblog untuk tahun 2011.... masalah laptop dan kemudahan internet tersekat menyebabkan rasa malas untuk meneruskan kerja menulis. Insyallah selepas ini akan berterusan untuk memastikan idea dan buah fikiran dapat dicatatkan untuk renungan bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)