15/10
Hari Jumaat. Check-in di Makarram al masi.Jarak kira-kira 100 meter ke pintu 5 Masjid Nabawi. Menjengok melalui tingkap ,berduyun-duyun manusia islam sedang bergerak ke Masjid. Ada yang berkumpulan ,ada yang berdua, bertiga dan macam-macam lagi dengan satu tujuan; ke masjid. Jemaah Turki sentiasa dalam kumpulan besar, tegap, besar dan pendek. Semakin lanjut usia, semakin sama keliatan paras rupa mereka. Gerakan pantas dan kasar, mungkin itulah sebabnya mereka mampu bertahan sehingga hujung zaman khalifah islam.
Solat jumaat pertama dengan memakai jubah putih yang dibeli di deretan kedai di situ. Sejuk dalam masjid nabawi kerana semuanya berhawa dingin. cuaca panas diluar seakan dilupakan dengan keadaan sejuk di masjid. Tiada nas untuk kita berjemaah 40 waktu di sini, tapi rugilah jika kita hanya bersolat di bilik hotel.
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Thursday, December 23, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Haji 1431 - hari 1
14 Oktober 2010
Suasana di LTSI Kota Bharu tenang walaupun ramai yang hadir untuk menghantar dhuyufurrahman ke tanah suci. Bersalam-salam sesama keluarga tanpa disedari air mata bercucuran. Kelana Jaya jugatidak kurang meriah dengan sanak saudara yang hadir untuk lambaian kaabah. Dlm hati, sentiasa bersyukur dengan peluang untuk mengerjakan haji. Pukul 9.00 malam, kami berempat ; ayahanda, bonda dan isteri sudah bersedia untuk ke KLIA.
15 Oktober
Pukul 1 pagi, kapal terbang Saudi Airlines telah membawa kami untuk ke Madinah Al Munawwarah.Penerbangan yang mengambil masa 9 jam adalah bertitik tolak kepada perubahan manusia. Kita telah dipilih untuk membuat pilihan yang sebenarnya tidak sukar. Subuh di Madinah, satu ujian untuk bakal haji. Antara pemeriksaan pasport atau menunaikan solat adalah ujian. Kami telah memilih untuk solat menghormati waktu ketika masih di atas flight. Alhamdulillah! Semuanya kelihatan mudah dan bas akan membawa kamike Makram AlMasi, sebuah hotel yang berada di sebelah kanan masjid Nabawi.

Subscribe to:
Posts (Atom)