Saturday, May 10, 2008

sepetang bersama ayah ngoh

Pada hari ini saya ,bersama Kak Long, Along dan Angah berjogging daripada Rumah Tok Ayoh ke Rumah Ayah Ngoh.Jarak perjalanan ke Rumah Ayah Ngoh kira-kira 3 kilometer.Sewaktu berjalan terasa letih dan haus bercampur baur.Tetapi sekejap saja,kerana ternampak kedai lalu membeli air.Tiba-tiba,hujan turun renyai-renyai.Sewaktu hujan turun,tiba-tiba kelihatan tujuh warna yang bercampur menjadi sebuah pelangi yang sangat menakjubkan. Besarnya kebesaran ilahi ! Bersambung di lain rancangan....

Tuesday, May 6, 2008

Temuduga ke Institut Kepengetuaan Kebangsaan

Salam,
Besok saya akan ke Goh Tong Jaya yg telah saya tinggalkan selama lebih kurang 3 bulan setengah. Berada di IAB selama 8 bulan dan kepulangan saya ke tempat asal untuk progam sandaran menjadi bukti kepada keberkesanan kursus NPQH yg saya hadiri. Banyak perkongian di IAB telah membuka mata saya tentang kelemahan yg ada di dalam oranisasi walaupun telah lama kita menjalankan amanah tetapi yg penting kita menjadi lebih baik kerana Allah telah menguniakan ilmu kepada kita dan akhirnya kita dapat mengaplikasikannya demi melahirkan bangsa yang mendatang sebagai satu bangsa yang akan menjunjung tinggi budaya ilmu.

Tempat bukan satu peranan penting dalam menentukan kehebatan tetapi bagaimana kita mengambil peluang yang ada menjadi punca kepada kehebatan individu. Tugas adalah amanah yg mesti kita pikulkan kerana kita telah memilih untuk menanggungnya cuma jangan kita impikan satu jawatan yang tinggi kerana tiada keberkatan dalam jawatan yg dipohon dan diminta.
Biarlah orang lain yg tentukan siapa kita dan apakah kekuatan kita sehingga kita diperlukan utk membawa mereka bersamake arah kejayaan
Buat rakan seperjuangan, teuskan usaha kita dan sentiasa lah kita berada di saf hadapan supaya apa yg kita impikan selama ini akan mendapat keberkatn Ilahi...

Sekian , wassalam

Sunday, May 4, 2008

JOM BERBASIKAL


Salam,

Hari ini saya ingin menjemput semua warga yang berada dikawasan sekitar Pasir Puteh untuk sama sama kita menjalankan aktiviti yang berslogankan 'kesihatan dan silaturahim'. Kami menganjurkan aktiviti ini bertujuan untuk mengumpul derma bagi membantu anak yatim piatu di kawasan sekitar kg gong datok.


marilah sama sama kita menderma sambil menyihatkan badan dengan aktiviti yang penuh dengan keberkatan ini.


Datanglah beramai ramai dengan memakai baju berwarna merah atau kuning untuk keseragaman