Sunday, January 31, 2010

Mesyuarat Kecemerlangan PMR

Semasa pelajar dan guru-guru lain berada di Majlis perhimpunan, kami berada di sebuah bilik untuk menetapkan kerja bagi kecemerlangan Pmr. Sasaran 64.3 % adalah merupakan satu impian besar bagi sekolah yang belum berhajat untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Calon seramai 310 orang pada bilangan hari ini memerlukan seramai 200 orang yang lulus semua matapelajaran. Nama pelajar sudah di tangan, namun TOV menunjukkan sesuatu yang belum pasti. Alasan yang paling tepat ialah pelajar sesi petang di tingkatan 2 pada tahun lepas telah mendapat soalan daripada rakan di sesi pagi. Bleh caya ke TOV ?

Kelas Serambi dirancang selepas kelas selama 1 - 2 jam untuk semua pelajar tingkatan 3 disamping hujung minggu diharap tidak menjadikan mereka dull boys and girls.

1 comment:

Yati Wahab said...

cantik nama kelas tu serambi...

dari segi bahasa serambi tu balai...

jika ditafsir serambi tu hujung...

harap kita terjemahkan sebagai serambi mekah...untuk kecemerlangan perlu dekatkan diri dengan solat...

saya cuba memasukkan sikit demi sikit pendekatan ini ke sekolah..

bingung jugak jika ustazah pun tengok kita macam budak bingung jika dicadangkan agar azan dilaungkan dan berkumandang di sekolah...kemudian solat jemaah...

apa dah jadi dengan ustazah jika tak suka utk berdakwah...