Monday, June 8, 2009

Perbezaan Statistik deskriptif dan Inferensi

Apakah yang membezakan di antara statistik deskriptif dan statistik inferensi ?

Persoalan ini sering ditanyakan oleh penyelidik yang keliru apabila mereka memulakan analisis data pada Bab 4. Kadang-kadang proposal kajian di Bab 3 telah diterangkan apakah ujian statistik yang akan digunakan tetapi oleh kerana kefahaman yang kurang maka keyakinan juga akan turut pudar. Saya ingin berkongsi tentang perbezaan keduanya berpandukan kepada Chua (2008) untuk memberikan kefahaman secara ringkas

Statistik deskriptif - digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi. Contoh ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus dsb

Statistik inferensi - digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi. Daripada dapatan, ia dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasinya. Contoh ujian staistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel, ujian korelasi untuk melihat perhubungan dsb.

Creswell (2008) pula menyatakan statistik deskriptif digunakan untuk menjawab soalan berbentuk deskriptif. Apabila soalan kajian mengkehendaki kita melihat perbezaan di antara variabel dan hubungan diantara variabel maka statistik inferensi digunakan.

Jika responden kita adalah sampel yang mewakili populasi maka kita perlu membuat statistik inferensi untuk membuktikan bahawa sampel adalah benar-benar mewakili populasi. Jika kajian kita adalah untuk satu populasi, ia bermakna dapatan itu adalah benar dan tidak perlu ada lagi generalisasi. Adakah perbezaan antara jantina dlm populasi perlu diuji dgn ujian mann-whitney U ataupun hanya dengan membuat perbandingan min? Fikirkanlah.................

2 comments:

Joo said...

Hai,sy br sj membc artikel ini dan sy agak tertanya2 yg statistik ini merujuk pd metodologi merujuk pd jenis rekabentuk kajian kah?

Anonymous said...

sy perlu lebih huraian.. @.@ seyes,otak da blank. nex thursday ade exam stats..